Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

23 Sep 2025

Asas

Bonus Tanpa Deposit: Takrifan, Sebab Kami Tidak Menawarkannya dan Alternatif yang Lebih Selamat

Dalam pelajaran ini
Bonus Tanpa Deposit FBS

Apakah takrifan bonus tanpa deposit dalam Forex?

Ramai broker cuba menggalakkan pemula untuk mengambil langkah pertama mereka dalam perdagangan dengan menawarkan program bonus dan alu-aluan. Secara umumnya, ini terbahagi kepada dua kategori: bonus tanpa deposit dan bonus deposit.

Mari kita mulakan dengan bonus tanpa deposit. Di atas kertas, ia kedengaran sempurna: daftar dengan broker, dapatkan wang percuma untuk berdagang dan mungkin juga mencairkan sesetengah keuntungan — semuanya tanpa membelanjakan satu sen pun daripada dana anda sendiri.

Bonus tanpa deposit dalam Forex ialah sejenis bonus yang ditawarkan oleh broker kepada trader tanpa memerlukan mereka mendepositkan dana mereka sendiri.

Apakah takrifan bonus tanpa deposit dalam Forex?

Sangat mudah untuk melihat sebab tawaran jenis ini menarik perhatian. Bagi pemula, ia terasa seperti cara untuk melangkah ke alam perdagangan tanpa sebarang risiko . Namun, sebaik sahaja anda mengkajinya dengan lebih dekat, ia tidak selalunya mudah atau menguntungkan seperti dijangkakan.

Mengapakah bonus tanpa deposit kelihatan menarik kepada pemula?

  • Tiada pelaburan awal: anda tidak perlu mempertaruhkan dana anda sendiri.

  • Keadaan pasaran sebenar: anda berdagang dalam persekitaran live , bukan hanya dalam simulasi demo.

  • Peluang untuk mendapat keuntungan dalam beberapa kes.

Bagi seseorang yang baru bermula, ini boleh menjadi cara paling selamat untuk mencuba berdagang. Namun, seperti banyak tawaran "percuma" lain, ia datang dengan pelbagi kekurangan/helah yang perlu diterima.. Trader perlu peka dengan Terma dan Syarat tawaran ini dan jangan sekali-kali mengabaikan perangkap psikologi yang mungkin mereka cetuskan pada masa akan datang.

Risiko dan keburukan bonus tanpa deposit

Risiko dan kekelemahan bonus tanpa deposit

Bonus tanpa deposit berguna sebagai pengenalan. Namun, trader harus memahami risiko dan syarat tersembunyi sebelum menjadi terlalu teruja.

Perangkap psikologi perdagangan

Oleh kerana wang bonus bukan milik anda, mudah untuk memperlakukannya seperti satu permainan. Oleh itu, ramai trader akhirnya terlebih leveraj kerana mereka tidak merasakan kerugian. Sesetengah trader juga membentuk tabiat mengejar perdagangan berisiko hanya untuk melihat apa yang akan berlaku dan kemudian bergelut untuk berdagang secara bertanggungjawab dengan dana mereka sendiri.

Daripada membina tabiat yang baik, bonus tanpa deposit secara tidak sengaja boleh menggalakkan tingkah laku melulu, terutamanya pada permulaan laluan perdagangan anda.

Terma perdagangan tersembunyi

Bonus tanpa deposit selalunya mempunyai sekatan. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui:

  • Keperluan pusing ganti lot– anda mungkin perlu berdagang dalam volum yang besar sebelum mengeluarkan keuntungan.

  • Had keuntungan– walaupun anda memperoleh lebih banyak, hanya sebahagian kecil yang boleh dicairkan.

  • Tarikh akhir yang ketat– bonus sering luput dengan cepat yang memaksa keputusan tergesa-gesa.

Syarat-syarat ini boleh menyebabkan pemula berasa kecewa dan bukannya diperkasakan.

Risiko-risiko operasi

Terdapat juga kelemahan praktikal. Broker mesti melindungi daripada penyalahgunaan bonus, ini bermaksud pemeriksaan ketat dan kemungkinan kelewatan. Sesetengah akaun boleh dibekukan jika aktiviti kelihatan mencurigakan. Sebagai tambahan, KYC (pengesahan identiti) mungkin memerlukan langkah tambahan sebelum pengeluaran bagi mengesahkan bahawa tiada pengubahan wang haram atau aktiviti penipuan lain yang terlibat. Ini boleh meletihkan dan memakan masa. Semua ini boleh menjadikan proses ini kurang lancar daripada yang dijangkakan.

Adakah FBS menawarkan bonus tanpa deposit?

Di FBS, kami telah memutuskan untuk tidak menawarkan bonus tanpa deposit. Keputusan ini disengajakan.

Kami mahu trader mempunyai pengalaman yang jelas, mampan dan menyokong. Bonus tanpa deposit mungkin menarik perhatian tetapi ia sering mewujudkan jangkaan yang tidak realistik atau tingkah laku perdagangan jangka pendek. Bukan itu yang kami mahukan untuk pelanggan kami.

Walau bagaimanapun, kami menawarkan sesuatu yang lebih baik — sesuatu yang memberi tumpuan kepada pendekatan yang berhati-hati untuk berdagang: Bonus Deposit FBS.

Bonus Deposit FBS

Bonus Deposit FBS

Gambaran Keseluruhan Bonus Deposit FBS

Bonus Deposit FBS memberi 100% dana tambahan bagi deposit pertama anda dan sehingga 60% bagi setiap deposit melebihi $100 yang seterusnya. Ia cara yang hebat untuk mengembangkan modal perdagangan anda dan membuka posisi yang lebih besar.

FBS trader boleh menggunakan bonus lebih daripada sekali kerana ia bukan untuk deposit pertama sahaja. Setiap tambah nilai berikutnya sebanyak $100 boleh memberikan anda nilai tambahan sehingga 60%. Satu lagi ciri hebat ialah bonus kekal dalam akaun perdagangan anda tetapi semua keuntungan yang anda peroleh adalah milik anda untuk dikeluarkan.

Bonus ini tersedia untuk semua pelanggan yang telah melengkapkan pengesahan, sama ada anda baru sahaja menyertai FBS atau telah berdagang dengan kami untuk sekian waktu. Untuk butiran lengkap, sila bacaTerma dan Syarat

Bonus deposit bukanlah sesuatu yang anda boleh keluarkan sebagai wang tunai. Sebaliknya, ia ditambah kepada baki perdagangan anda, yang memberikan anda lebih banyak ruang untuk berdagang. Rangsangan tambahan itu meningkatkan margin anda, jadi anda boleh membuka posisi tanpa wang sendiri yang banyak. Itulah sebabnya anda akan melihat bonus muncul dalam ekuiti anda.

Ketersediaan mengikut negara atau wilayah

Bonus Deposit FBS boleh didapati di rantau terpilih kerana peraturan berbeza-beza di seluruh dunia. Pada masa ini, ia disediakan untuk FBS trader di Afrika Selatan, Cameroon, Argentina, Kenya, Brazil, Malaysia, Filipina, Nigeria, Thailand dan Turki.

Cara mendapatkan Bonus Deposit FBS

Berikut ialah panduan mudah langkah demi langkah untuk mendapatkan bonus:

  1. Daftar melalui aplikasi FBS atau di laman web.

  2. Sahkan akaun anda sepenuhnya. Ia cepat dan mudah.

  3. Pilih kaedah pembayaran pilihan anda untuk mendepositkan dana.

  4. Membuat deposit.

  5. Bonus anda akan ditambahkan secara automatik.

  6. Gunakan wang itu untuk perdagangan.

Semakin banyak anda mendepositkan, semakin besar rangsangan yang anda dapat — sehingga $25 000 secara keseluruhan.

Itu sahaja! Anda bersedia untuk berdagang dengan fleksibiliti yang lebih tinggi. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Bonus Deposit FBS di laman web kami. Untuk menyemak Terma dan Syarat penuh bonush, sila ikuti pautan: https://fbs.com/deposit-bonus.

Akhir kata

Di FBS, kami percaya dagangan anda memerlukan lebih daripada pembaikan pantas. Itulah sebabnya kami menawarkan bonus yang sebenarnya mengukuhkan perjalanan perdagangan anda, yang direka untuk memberi anda kuasa tambahan sambil memberi tumpuan kepada perdagangan secara sedar. Kerana pada akhirnya, kejayaan anda tidak dibina berdasarkan "wang percuma"; ia dibina berdasarkan strategi pintar, perdagangan yang bertanggungjawab dan sokongan yang betul di belakang anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, India, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.